'Saya pernah dikencing, ditampar dada dan pinggul' - Bekas pembantu Mariah Carey dakwa hidup dalam 'neraka'

Agensi
Januari 20, 2019 12:08 MYT
Mariah juga dakwanya ada kalanya dikatakan melakukan penderaan secara fizikal dan mental. - Gambar fail/INSTAGRAM/@mariahcarey
SEORANG bekas pembantu bintang besar, Mariah Carey mendakwa dia telah dikencing dan didera secara fizikal serta seksual selain dilontar kata-kata perkauman sewaktu bekerja dengan bekas majikannya itu.
Lapor media UK, The Independent, Lianna Shakhnazaryan membuat tuduhan itu dalam satu saman yang difailkannya selain mendakwa dia telah didera oleh pengurus Mariah, Stella Bulochnikov.
Shakhnazaryan mendakwa dia pernah di tolak ke lantai sebelum dikencing oleh Bulochnikov sebelum ditampar di bahagian punggung dan dadanya.
Pengurus Mariah itu juga menggelarkan dirinya ‘pelacur Armenia’ dan menggunakan perkataan “N” yang berbaur perkauman.
Lebih menyedihkan katanya, ada kalanya perbuatan dilakukan di hadapan Mariah sendiri.
Mariah juga dakwanya ada kalanya dikatakan melakukan penderaan secara fizikal dan mental.
Sehingga kini belum ada reaksi dari kem Mariah berhbung tuduhan itu.
Bagaimanapun pengurusan Mariah pada Rabu lalu telah menfailkan satu saman berasingan terhadap Shakhnazaryan, mendakwa dia telah melanggar perjanjian untuk berahsia selepas diketahui telah merakamkan video memalukan.
Shakhnazaryan juga didakwa cuba mengugut Mariah sebanyak AS$8 juta.
Menurut Shakhnazaryan dia dipecat pada November 2017 selepas memaklumkan penyanyi itu berhubung perilaku Bulochnikov.
Dia juga memfailkan dakwaan dipecat secara salah.
#dikencing #fail saman #mariah carey #saman #Stella Bulochnikov #The Independen
;