'Saya pelik kerana transaksi dibuat waktu subuh...' - A. Aida

Gempak
Jun 29, 2019 10:00 MYT
Aida berkata, individu terbabit membuat dua kali transaksi pada jam 5.44 pagi dan 5.46 pagi di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang.
PENERBIT drama terkenal, Datuk A Aida enggan mengulas mengenai kes kehilangan wang pelaburan lebih RM200,000 miliknya pada 1 Mac lalu.
Aida, 49, berkata dia menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.
“Biarlah polis buat kerja mereka. Saya tak nak mengganggu siasatan. Cukup saya katakan, individu itu adalah yang pernah dekat dengan saya sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.
Aida berkata, individu terbabit membuat dua kali transaksi pada jam 5.44 pagi dan 5.46 pagi di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang.
BACA: Duit A. Aida RM200,000 dikebas individu yang dikenalinya
Menurut Aida, dia mendapat tahu mengenai perkara itu pada 25 Mac lalu ketika bercuti di Mesir.
“Sebaik pulang ke tanah air, saya terus buat pemeriksaan dan mendapati terdapat dua kali transaksi ke satu akaun. Saya pelik kerana transaksi dibuat pada waktu subuh.
"Tapi, saya tak kecoh lagi sebab tak nak peningkan kepala. Jadi, saya diamkan saja kerana ketika itu saya dalam proses nak failkan perceraian,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang pada 21 Jun lalu.
Aida berkata, dia membuat laporan polis dengan harapan wang yang diambil dapat dipulangkan semula.
“Dalam masa sama, saya mahu individu itu diambil tindakan undang-undang supaya ia menjadi pengajaran kepada semua.
“Kenapa nak kena mencuri? Kenapa tak minta? Apa pun, saya berharap pihak polis cepat ambil tindakan. Saya difahamkan, individu itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan,” katanya.
Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai tahun lalu dan bercerai pada 25 April lalu selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga. - Sumber: Harian Metro
#A Aida #air #Ampang #Ariff Aziz #pelakon #penceraian #penerbit #polis #undang-undang #web lesap
;