'Saya okay, jangan risau' - Elyana

Gempak
November 28, 2017 07:43 MYT
Selepas membuat pendedahan mengenai penyakitnya, Elyana tidak memuat naik sebarang kemaskini di IGnya dan perkara itu menimbulkan kerisauan terhadap peminatnya. Foto Instagram @elyanaofficial
BEKAS bintang Gegar Vaganza 4 (GV 4), Elyana meminta agar peminat tidak terlalu risau dengan kondisi dirinya.
Menurut Elyana, dia berada dalam keadaan sihat, bertenaga dan masih menjalani rutin harian sebagai seorang selebriti seperti biasa.
“Hai saya dah buat Insta story balik, jadi jangan risau. Saya okay,” katanya.
Elyana berkata demikian menerusi entri terbaru di Insta story miliknya pada Selasa.
Video terbaru itu juga merakamkan gelagat comel Elyana ketika memberikan kenyataan tersebut sambil ketawa.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen foto Elyana yang dimuat naik Ahad lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa lega sebaik sahaja melihat video tersebut.
BACA: Akui hidap kanser tahap 4, Elyana buat audiens GV4 terkejut
BACA: 'Elyana mengadu letih, tapi tak sangka pula tengah sakit' - Hazami
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengejut dan mengesahkan dirinya menghidap penyakit kanser kelenjar tahap empat selepas diumumkan sebagai peserta GV 4 yang tersingkir di minggu kelima.
Bagaimanapun selepas pendedahan tersebut, Elyana tidak memuat naik sebarang kemaskini di IGnya dan perkara itu menimbulkan kerisauan terhadap peminatnya.
Foto: Instagram @elyanaofficial
Teks oleh: Mya Amri
#elyana #GV 4 #kanser kelenjar #tahap empat
;