Saya mohon maaf, doakan yang terbaik buat saya dan Mawar - Fizo Omar
Asyraf Roslan
Jun 27, 2019 11:30 MYT
Jun 27, 2019 11:30 MYT
Sebelum ini, ramai sedia maklum mengenai hubungan pelakon dan usahawan, Fizo Omar serta isterinya, Mawar Abdul Karim yang didakwa sedang mengalami masalah.
Pagi ini, Fizo melalui satu entri di laman sosial Instagramnya, memberitahu apa jua keputusan mahkamah yang diterimanya nanti akan diterima dengan hati yang terbuka.
Beliau juga meminta maaf kepada semua pihak terutama, pihak media, peminat dan rakan-rakan kerana tidak dapat menjawab semua soalan yang diaju kepadanya.
"Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak," tulisnya di kapsyen Instagram.
Fizo, 33, juga memohon agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buatnya dan Mawar, 30 agar dapat menemui jalan penyelesaian.
Beliau mengakui bahawa hubungannya bersama dengan Mawar kini sedang diuji.
Tambahnya, apa jua yang terjadi hubungannya bersama Mawar akan tetap baik demi membesarkan anak mereka, Wan Maryam.
Terdahulu, spekulasi hubungan bertiup kencang apabila pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Fizo dilaporkan menyambut lebaran di Kelantan manakala Mawar dan anak mereka, Wan Maryam pulang ke Pulau Pinang.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Wan Maryam.
#doa
#Fizo bercerai
#Fizo Omar
#masalah
#Mawar
#Mawar bercerai
#pelakon
#perkahwinan
#usahawan tudung
#Wan Maryam