Saya lebih suka duduk rumah daripada hadir acara fesyen - Nabila Huda

Gempak
Ogos 22, 2018 13:12 MYT
Walaupun bergelar seorang selebriti dia lebih selesa untuk tampil dengan gaya tersendiri dan lebih santai. - Gempak
PELAKON Nabila Huda mengakui lebih selesa untuk tinggal di rumah berbanding menghadiri acara fesyen yang sering dianjurkan.
Menurut Nabila, walaupun bergelar seorang selebriti dia lebih selesa untuk tampil dengan gaya tersendiri dan lebih santai.
"Saya seorang yang amat sederhana dalam penampilan dan tidak suka berfesyen pun. Saya sebenarnya jarang pergi ke majlis fesyen kecuali atas jemputan rakan-rakan sahaja.
"Kalau ikutkan saya lebih suka duduk rumah sahaja dan meluangkan masa bersama keluarga.
"Jadi saya tidak kisah jika gaya fesyen saya sering dikritik oleh orang ramai kerana itu merupakan jenaka bagi saya apabila membaca komen-komen yang diberikan," katanya kepada Gempak.
Nabila berkata demkian ketika ditemui pada majlis tayangan drama bersiri KL Gangster Underworld di Suzie Wong, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KL Gangster Underworld akan bersiaran di platform penstriman video-atas-permintaan (VOD), iflix, pada hari ini.
Selain Nabila, drama itu dibintangi pelakon handalan seperti Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan, Fadlan Hazim dan Hasnul Rahmat.
#acara fesyen #fesyen #gaya #keluarga #KL Gangster Underworld #Nabila Huda #rumah
;