'Saya kenal Awie waktu saya remaja' - Erra Fazira
Gempak
Februari 6, 2020 18:00 MYT
Februari 6, 2020 18:00 MYT
PELAKON dan penyanyi Erra Fazira akui tidak sabar untuk menantikan persembahan solo Datuk Awie di Konsert Romantika Awie pada 15 Februari ini.
Menurut Erra, dia telah membesar dengan lagu-lagu Awie dan ia menjadi siulan sewaktu usia remajanya.
“Tak sabar nak dengar lagu-lagu hit Datuk @awieofficial .. lagu solo ketika dia solo dan muda belia
“Saya membesar dengan lagu-lagu dia.. Eh betul ke ayat tu? Betul laaa.. saya kenal dia waktu saya masih remaja. Kira membesar la tu kan,” tulisnya.
Erra berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video ketika bersama Awie sedang menjalani latihan suara.
Erra bakal menjadi penyanyi jemputan untuk konsert tersebut.
“Saya pun tak tahu la apa akan jadi di atas pentas nanti! Masing masing ada mikrofon di tangan.. sesi romantika takut jadi ke laut,” katanya lagi.
Konsert istimewa itu akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada jam 8 malam, 15 Februari ini.