Saya ingin berlakon dengan Shah Rukh Khan dalam filem romantis - Vidya Balan

Agensi
Disember 8, 2017 13:40 MYT
Antara tiga Khan Bollywood, Khan kegemarannya ialah Shah Rukh Khan, kata Vidya - Foto: Instagram.com/balanvidya
PELAKON serba boleh Vidya Balan menyatakan hasrat ingin berlakon dengan Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK).
Menurut Vidya, antara tiga Khan yang terkenal di Bollywood iaitu Amir Khan, Shah Rukh Khan, Salman Khan, idolanya pastilah SRK.
Pelakon itu berkata jika diberi peluang berganding di layar perak bersama SRK, wataknya harus sesuai dalam genre filem yang romantis dan matang.
Vidya memberi cadangan filem seperti “Ijaazat” sebagai contoh yang sesuai.
The Times of India melaporkan, Vidya juga berharap "Ijaazat" dibikin semula dalam bentuk olahan yang lebih moden dan kontemporari.
Vidya Balan terkenal dengan lakonannya dalam "The Dirty Picture", "Hamari Adhuri Kahani" dan "Paa".
Vidya juga pernah memenangi pelbagai anugerah bagi lakonannya, termasuk Filmfare Awards dan National Film Awards.
#Bollywood #filem #Hamari Adhuri Kahani #Paa #Shah Rukh Khan #The Dirty Picture #Vidya Balan