'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Asyraf Roslan
Februari 28, 2021 10:20 MYT
Februari 28, 2021 10:20 MYT
SEBUT saja nama Sherry Alhadad, terus terbayang telatahnya yang bersahaja semasa berlakon atau mengacara di hadapan lensa kamera.
Bergandinglah dengan sesiapa pun, Sherry pasti berikan yang terbaik dalam setiap kemunculannya di hadapan khalayak ramai.
Tapi pembuka tahun ini sedikit berbeza buat pemilik nama Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad apabila beliau digandingkan bersama trio penyampai radio terkenal iaitu Johan, Hanif dan Ray menerusi segmen JOHARA Pagi ERA bermula 1 Mac ini.
Menurut Sherry yang juga popular dengan program realiti Big Stage, tawaran untuk menjadi seorang penyampai radio sudah diterima sejak mula-mula beliau menjejakkan kaki dalam industri seni tanah air.
“Bila saya masuk dalam industri, sudah ada yang menawarkan saya untuk menjadi seorang penyampai radio.
“Tapi saya masuk dalam lapangan sudah agak lambat, jadi saya kena fikir balik dan susun perjalanan seni saya sebaik mungkin sebab minat saya adalah kepada bidang lakonan.
"Alhamdulillah pada tahun 2021 ini, rezeki untuk menjadi penyampai radio kembali, dan ini adalah masa yang terbaik untuk saya mencuba bidang lain,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Pelakon yang popular dengan watak Suhana menerusi drama bersiri The Maid ini juga menyatakan rasa teruja untuk ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.
Beliau juga berharap, beliau tidak akan dibuli oleh trio JoHaRa apabila ke udara nanti.
Tapi kalau nak tahu JoHaRa atau Sherry yang membuli, jangan lupa dengar segmen JoHaRaRy yang akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi bermula 1 Mac ini.
#era
#Sherry Alhadad
#penyampai radio
#johan
#Hanif
#Ray
#Big Stage
#The Maid
#Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad
#Program Realiti