"Saya galakkan anak-anak lihat negara orang" - Neelofa nak berhijrah, ibu beri 'green light'

Gempak
Jun 16, 2022 17:23 MYT
Menurut Noor Kartini, dia sememangnya memberi galakan kepada anak-anaknya untuk melihat negara orang. - Gempak
IBU kepada selebriti ternama Neelofa, Datin Noor Kartini merestui hasrat anaknya untuk berhijrah mengikut suami.
Malah kata Kartini, sekiranya diberi peluang dia juga mahu berhijrah sama seperti anaknya.
“Mama bersyukur sangat-sangat. Ini yang mana saya sering menggalakkan anak-anak saya untuk berhijrah. Malah, saya sendiri kalau diberikan peluang untuk berhijrah,” ujarnya.
Kartini ditemui di majlis Gold Rally Winner Celebration yang bertempat di Colony@Mutiara Damansara, hari ini.
Tambah Kartini lagi dia memberi galakan kepada anak-anaknya untuk melihat negara orang.
“Sejak dulu lagi, saya memang sering memberi galakan kepada anak-anak untuk berjalan melihat negara orang. Apatah lagi, untuk berpindah ke Tanah Arab.
“Jika bercakap mengenai cucu, tak apa… saya boleh melancong untuk melawat cucu,” katanya.
Terdahulu, Neelofa itu meluahkan hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab mengikut suaminya Haris Ismail yang mahu menyambung pelajaran di sana.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
#Neelofa #berhijrah #Noor Kartini #bilal
;