'Saya dah tak yakin nak menyanyi seperti dulu' - Aiman Tino

Gempak
Oktober 30, 2018 14:35 MYT
Aiman berkata dia terpaksa berehat untuk mengembalikan keyakinan dirinya. - Foto Astro Gempak
PENYANYI Aiman Tino akui tahap keyakinan dirinya untuk bernyanyi sudah semakin kurang selepas mengalami masalah pada kotak suara.
Aiman berkata dia terpaksa berehat untuk mengembalikan keyakinan dirinya.
“Saya mengalami masa kota suara sejak akhir bulan lalu lagi.Sekarang doktor sedang memantau masalah kotak suara saya sama ada serius atau tidak.
“Terus-terang saya katakan, saya sudah tak yakin hendak menyanyi seperti dahulu lagi. Mungkin ia mengambil masa sedikit untuk menyanyi.
“Jadi sekarang saya cuba merehatkan diri daripada menyanyi. Mungkin berehat lagi sebulan,” katanya kepada Gempak.
Aiman Tino dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sakit dalam perut selain tonsil bengkak pada 25 September lalu.

Bagaimanapun Aiman memberitahu dia bakal berlatih menyanyi semula sementara berehat sebelum muncul dengan single baharu Disember ini.

"Dalam pada berehat ini saya boleh buat persiapan untuk lagu baharu yang bakal dilancarkan sebulan lagi.

"Lagipun, saya kena asah suara dahulu sebelum kembali menyanyi di pentas dengan lagu baharu nanti," katanya lagi.

#Aiman Tino #Hospital #karier #penyanyi #selebriti #suara
;