'Saya dah mula rasa takut nak bersalin' - Debaran Elfira Loy
Gempak
Jun 26, 2019 05:25 MYT
Jun 26, 2019 05:25 MYT
PELAKON Elfira Loy yang kini hamil enam bulan, akui sudah mula berdebar menanti detik kelahiran bayi sulungnya.
Namun, Elfira memberitahu HLive, dalam yang sama dia teruja untuk menyambut cahaya matanya dan seronok menikmati proses kehamilannya.
“Sekarang ini, saya dah mula fikir takut hendak bersalin dan sudah mula memikirkan bagaimana keadannya bila semakin dekat dengan waktu itu.
“Dalam masa yang sama saya teruja juga untuk menanti kelahiran anak saya ini dan ia adalah cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga saya dan suami.
“Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki daripada Allah yang bukan semua orang dapat rasainya,” katanya.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar, pada 1 Januari lalu.
Sementara itu, apabila ditanya apakah perubahan yang berlaku terhadap dirinya, Elfira menjawab dia kini lebih suka memandu kereta sendiri.
“Jika dulu saya tidak suka memandu tetapi kini saya sendiri yang akan memandu kerana jika tidak saya akan rasa pening duduk di dalam kereta,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).