Saya dah cuba sehabis baik... - Netizen puji cara Haqiem Rusli jawab isu isteri buka tudung
Gempak
April 29, 2023 10:15 MYT
April 29, 2023 10:15 MYT
KEPUTUSAN isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli yang kini memilih untuk tidak lagi berhijab sejak sambutan Aidilfitri baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen di laman sosial.
Sebagai suami, Haqiem berkata dia menerima segala ujian dalam berumah tangga dan mengharapkan semua orang mendoakan yang terbaik.
“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi.
“Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis. Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang.
“Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” kata Haqiem.
Haqiem turut menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bermasalah namun mengakui spekulasi itu mungkin berpunca daripada dia jarang berkongsi mengenai isterinya di laman sosial.
“Tidak kisahlah apa ‘assumption’ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja.
“Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload (muat naik) di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah.
“Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama,” ujarnya.
Kenyataan yang diberikan Haqiem menerusi temu bual bersama Harian Metro itu menerima pujian daripada netizen yang rata-ratanya melihat penyanyi itu sudah matang dalam menjawab persoalan.
“Okay la tu. Cuma isu aurat isteri. Bukannya bercerai-berai. Berikan sedikit ruang dan peluang. Insya-Allah bahagia hingga ke jannah.
“Alhamdulillah, jawapan yang matang. Semoga rumah tangga Haqiem dikurniakan sakinah mawaddah dan rahmat.
“Bagus matang, tak cepat melatah. Doa saja terus untuk isteri… nasihat elok-elok jangan kasar-kasar,” komen beberapa netizen.