'Saya bukan tumpang populariti Aedy Ashraf' - Daiyan Trisha
Syahdeen Tahir
September 2, 2022 13:31 MYT
September 2, 2022 13:31 MYT
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menegaskan antara dia dengan Aedy Ashraf adalah kawan biasa.
Ini selepas gambar mereka yang dimuat naik di laman sosial kelihatan mesra dan memberi gambaran seperti pasangan yang sedang berbahagia.
Menurut Daiyan, Aedy seorang yang mesra dan tidak banyak karenah.
“Saya sudah lama mengenali Aedy beberapa tahun yang lalu tapi sekadar kawan sahaja.
“Saya juga tiada niat untuk mengambil kesempatan kononnya ingin menumpang populariti Aedy dengan bergambar bersama-sama.
“Saya juga sibuk dengan kerja, pelbagai tugas saya lakukan termasuklah dengan kerja-kerja promosi di laman sosial terutama Instagram,” katanya dalam majlis sidang media Top 5 Anugerah Indusri Muzik 23 di ibu negara.
Dalam pada itu, Daiyan teruja tercalon Top 5 AIM23 bagi kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Penat berkolobrasi dengan Tuju.
“Alhamdulilah pencalonan ini satu di luar jangka kerana yang turut tercalon dalam kategori tersebut sangat bagus.
“Apa-apa saya serahkan kepada juri, jika menang ia adalah rezeki tetapi sudah tercalon Top 5 cukup bersyukur buat saya,” ujarnya.
Tonton AIM23, 11 September ini jam 9 malam disiarkan di Astro Ria