'Saya bersyukur hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul' - Fasha
Madiha Abdullah
Mei 21, 2019 19:39 MYT
Mei 21, 2019 19:39 MYT
PELAKON Fasha Sanda sempat merakam kejutan istimewa untuk memaklumkan berita kehamilannya yang berusia tiga minggu kepada suaminya, Aidil Aziz.
Kejutan itu dirakam sewaktu Fasha menjalani sesi fotografi di Shah Alam, dan turut dikongsi Aidil ke laman sosialnya.
Aidil tidak dapat menahan rasa terharu dan menangis kegembiraan sebaik mendapat berita itu.
Dalam satu mesej WhatsApp yang dikirimkan kepada seorang teman wartawan yang rapat dengan pelakon yang sinomin dengan filem Anak Mami dan Nana Tanjung itu, Fasha berkongsi bagaimana dia mula rasa tidak sedap badan sejak pagi tadi.
"Sebelum pegi fotografi, girl test, Alhamdulillah positif. Cuma, girl tak mau komen banyak sgt tentang kehamilan ini kerana baru masuk awal trimester pertama. Apa pun girl bersyukur kerana hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul," kata Fasha dalam mesej pesanan ringkas itu.
Fasha dan Aidil diijabkabulkan 30 Mac lalu.
Fasha juga memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu, iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.
#Aidil Aziz
#anak
#Fasha Sanda
#hamil
#pelakon
#perkahwinan
#putra rayfal ramli
#putri raysha jemaima