"Saya berhasrat nak jumpa arwah Pak Ngah untuk..." - Aishah

Gempak
Disember 21, 2018 18:01 MYT
Menurut Aishah, sebelum Pak Ngah menghembuskan nafas terakhir, dia mahu bertemu dengannya untuk berbincang mengenai rancangannya menghasilkan lagu Irama Malaysia.
PENYANYI dan juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah menceritakan hasratnya ingin bertemu komposer dan penerbit rakaman terkenal, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah namun tidak berkesempatan.
Menurut Aishah, sebelum Pak Ngah menghembuskan nafas terakhir, dia mahu bertemu dengannya untuk berbincang mengenai rancangannya menghasilkan lagu Irama Malaysia.
"Saya berhasrat nak jumpa arwah Pak Ngah untuk berbincang mengenai rancangan saya untuk menghasilkan lagu Irama Malaysia, tapi tidak berkesempatan.
"Kita semua dikejutkan dengan pemergiannya tanpa mendengar sebarang berita tentang keadaan kesihatannya sebelum kematiannya.
"Sebagai seorang anak seni, saya amat berdukacita kerana kita kehilangan seorang yang telah banyak berbakti kepada bidang muzik di Malaysia, pemergian beliau sememangnya tiada pengganti," kata Aishah kepada Gempak baru-baru ini.
BACA: Darah Aishah naik gara-gara keceluparan netizen
BACA: 'Kini ... tiada lagi gurauan Pak Ngah' - Siti Nurhaliza
Dalam perkembangan lain, Aishah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Malar.
Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer.
#Aishah #Gegar Vaganza #GV4 #Malaysia #meninggal dunia #Pak Ngah
;