USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menegaskan tabiatnya membeli barangan mewah bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Kata Aliff Syukri, perasaan 'iri hati' melihat orang sekeliling memiliki barangan mewah mendorongnya untuk berusaha memenuhi impiannya mendapatkan barangan sama.
"Saya seorang yang mudah cemburu dengan barangan yang digayakan oleh kawan-kawan sekeliling.
"Jadi, saya pun mahu untuk mendapatkan barangan yang sama seperti mereka. Sejak dari dulu lagi kalau saya mahukan sesuatu saya akan berusaha sampai dapat.
"Sama seperti sekarang pun, saya akan beli barangan yang saya mahukan seperti jam tangan dan baju-baju mahal, pakai untuk bergambar sekali dua kemudian simpan diam-diam dalam almari.
"Cukuplah bagi saya asalkan ada barangan tersebut. Saya rasa puas, jauh sekali niat untuk menunjuk-nunjuk," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Aliff Syukri, dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak untuk melabelkan dirinya dengan pelbagai panggilan.
Bagi pengasas D'Herbs Holding Sdn Bhd itu, apa yang dilakukan saban hari bergantung pada niat.
"Susah nak puaskan hati semua orang, saya tunjuk benda baik pun kata saya riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
"Benda-benda baik yang saya lakukan tiada pula orang mahu viralkan.
"Saya sedar, banyak yang saya belajar daripada kesilapan dan tak semua yang saya buat itu betul. Tetapi inilah diri saya," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, filem sulung lakonan Aliff Syukri, "Badang" akan mula ditayangkan pada 15 Februari depan selain rancangan realiti kehidupannya, "Oh Abang Kosmetik" (OAK) musim kedua akan mula bersiaran tidak lama lagi.
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Fri Feb 09 2018

Aliff Syukri menegaskan tabiatnya membeli barangan mewah bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri
Ia berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.

“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri
"Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima."

Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London - beli hutang, bukan tunai
Rozita berkata, hasil berjimat cermat, rumah berkenaan merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.

Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.

Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.

Aliff Syukri, isteri timang anak keenam
Luqman Al-Hakim nama pilihan untuk cahaya mata terbaharu pasangan itu.

'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam
Shahida berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang
Aliff Syukri hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Usahawan kosmetik kontroversi itu juga umum undur diri dari media sosial.