'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Gempak
Januari 24, 2025 17:10 MYT
Januari 24, 2025 17:10 MYT
PENYANYI Siti Nordiana tidak bersetuju dengan kenyataan dibuat vokalis senior, Man Bai yang mengatakan program nyanyian Gegar Vaganza (GV) merupakan platform 'memalukan' diri.
Ringkasan AI
- Siti Nordiana tidak bersetuju dengan kenyataan Man Bai yang mengatakan GV memalukan penyanyi. Sebaliknya, beliau bersyukur dapat menyertai GV musim kedua yang membantu mengembalikan karier seninya.
- Sepanjang menyertai GV, Siti Nordiana memperoleh banyak ilmu nyanyian daripada barisan juri dan guru, yang memberi impak positif kepada dirinya.
- Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, sebaliknya bersyukur dapat menyertai GV musim kedua sekali gus mengembalikan semula karier seninya yang sebelum ini kian pudar.
"Saya menghormati pandangan yang dikemukakan, masing-masing mempunyai pendapat. Tetapi untuk saya secara peribadi, GV adalah platform yang sangat membantu saya.
"Menerusi GV juga saya dapat kembalikan semula karier seni yang sebelum sudah suram. GV tidak memalukan,” kata penyanyi berusia 41 tahun ini.
Tambah pelantun lagu Angkara itu lagi, dia banyak memperoleh ilmu nyanyian sepanjang menyertai program tersebut.
"Saya juga banyak memperoleh ilmu daripada barisan juri dan guru sepanjang dalam pertandingan tersebut.
"Saya sangat menghargai GV; GV sangat memberi impak kepada saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman berkata, format nyanyian program berkenaan memalukan penyanyi yang menyertainya.
Dedahnya, walaupun pernah ditawarkan sebagai penyanyi jemputan baru-baru ini, namun dia membuat keputusan menolaknya. -Gempak