Saya bahagia, terima kasih kerana jodohkan kami - Song Joong Ki
Gempak
Januari 2, 2018 05:04 MYT
Januari 2, 2018 05:04 MYT
PELAKON drama popular ‘Descendants of The Sun’ (DOTS), Song Joong Ki akui kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran isterinya aktres, Song Hye Kyo.
Menurut Joong Ki, dia berterima kasih kepada pihak produksi Korea Broadcasting Sistem (KBS) kerana menemukan jodohnya menerusi drama tersebut.
“Saya telah bertemu dengan suri hati yang saya sangat cintai. Rasanya saya tidak akan lupakan tahun 2017 sepanjang hidup.
“Tak tahu macam mana nak gambarkan betapa gembiranya saya ketika ini, terima kasih KBS,” katanya.
Joong Ki membuat kenyataan itu sewaktu menjadi penyampai anugerah ‘KBS Entertainmen Awards’ yang berlangsung baru-baru ini.
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dipertemukan dalam drama (DOTS) tahun lalu dan keserasian gandingan mereka sememangnya memberikan impak kepada peminat drama Korea di seluruh dunia.
Menerusi drama itu juga, peminat mula membuat hashtag rasmi #SongSongCouple dan merestui hubungan pasangan tersebut.
Peminat juga berasa gembira kerana hasrat mereka untuk melihat pasangan ini berkahwin tercapai pada 30 Oktober tahun lalu.