“Saya ada jumpa Fatima cuma keadaan dia tak sama” - Fattah Amin

Gempak
Oktober 22, 2024 13:30 MYT
Fattah menjelaskan Fatima masih tidak memahami keadaan yang berlaku dalam keluarga kerana masih kecil. - Gempak
AKTOR Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Keadaan Fatima Berbeza
Kongsi Fattah, dia bersyukur apabila dapat meluangkan masa bersama puteri kesayangannya itu walaupun mengakui keadaan Fatima sangat berbeza.
“Alhamdulillah baru-baru ni saya ada berjumpa dengan Fatima cuma keadaan dia tak sama.
“Tapi alhamdulillah, kami masih dapat berjumpa dan spent time sama-sama,” ujarnya dalam satu temu bual.
Fatima Belum Faham Keadaan
Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut menjelaskan Fatima juga masih tidak memahami keadaan yang berlaku dalam keluarga kerana masih kecil.
“Saya tak rasa dia faham sebab dia masih 4 tahun. Dia memang anak yang bijak dan pintar.
“Rasanya dia tak faham seperti kita yang dewasa ini. Mungkin benda itu ambil masa.
Yang penting sekarang adalah sebagai bapa saya akan luang masa sebanyak mungkin untuk dia,” tutupnya.
Terdahulu, Fattah dan bekas isteri, Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pada 7 Oktober.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya, 4 tahun. -- Gempak
#Fattah Amin #Fazura #Fatima #jumpa anak
;