Satu kapsul Tun M sepatutnya dibuka pada 31 Mei 2018 tapi apa mesejnya?
Gempak
Jun 1, 2018 05:30 MYT
Jun 1, 2018 05:30 MYT
SEJAK Khamis, tular di media sosial gambar satu batu tanda menyatakan kapsul yang pernah ditanam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1994 sepatutnya dibuka pada 31 Mei 2018.
Batu yang terletak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu tertulis sebuah kapsul yang mengandungi dokumen-dokumen ditanam Tun M bersempena acara Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan pada 8 September 1994 dan akan dikeluarkan selepas tamat tempoh Konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada Khamis.
Penantian orang ramai yang ingin tahu apakah mesej yang terkandung dalam kapsul tersebut masih belum terjawab.
Bagaimanapun, media tempatan hanya melaporkan bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi dikendalikan Lebuhraya Utara-Selatan ditamatkan bermula 1 Jun.
Sebelum ini, terdapat empat kapsul lain yang pernah ditanam Tun M iaitu di bangunan pusat membeli belah The Mall (kini dikenali Sunway Putra Mall) di Kuala Lumpur pada tahun 1987.
Dua kapsul berada di Bursa Malaysia manakala satu kapsul di Monumen Millenium, Putrajaya yang akan dibuka pada tahun 2020.
#Batu
#dokumen
#kapsul masa
#konsesi
#Lebuhraya Utara-Selatan
#Mahathir Mohamad
#media sosial
#mesej
#Perdana Menteri
#tol