Sarimah Ibrahim timang seorang puteri

Astro Awani
Julai 19, 2019 19:27 MYT
Tarikh kelahiran cahaya mata Sarimah bersamaan dengan tarikh keputeraan Almarhum Tuanku Jaafar yang juga nenda suaminya, Tunku Nadzimuddin. - Gambar Instagram SARIMAH IBRAHIM
SELEPAS hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, keterujaan artis terkenal Sarimah Ibrahim untuk menimang anak tercapai.
Pada penghulu segala hari, Jumaat, Sarimah mengumumkan kelahiran seorang puteri yang akan mewarisi darah diraja daripada sebelah suamimya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.
Berita gembira ini dikongsi Sarimah di laman Instagram peribadinya.
Pada usia 41 tahun, Sarimah dan suaminya, Tunku Nadzimuddin, 47, tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka.
Kegembiraan pasangan ini tambah berganda kerana kelahiran cahaya mata itu sama dengan tarikh keputeraan Yang Dipertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tanggal 19 Julai.
“Masa sesuai. Pagi 19 Julai, Jumaat juga merupakan tarikh lahir Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
“Gembiranya suami. Alhamdulillah,” katanya.
#bayi #cahaya mata #Sarimah Ibrahim #Sarimah Ibrahim timang seorang puteri #Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar
;