Sarimah Ibrahim kongsi keterujaan hamil anak sulung di usia 41 tahun
Madiha Abdullah
Februari 1, 2019 21:52 MYT
Februari 1, 2019 21:52 MYT
PENGACARA dan pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim, berkongsi keterujaannya yang kini hamil anak sulung ke akaun Instagram, sebentar tadi.
Dalam entri itu, Sarimah menyifatkan kehamilan itu sebagai satu keajaiban apatah lagi ketika usianya memasuki 41 tahun.
Mengetahui tentang kehamilannya hujung tahun lepas, Sarimah juga meminta maaf kepada pelanggan serta rakan sekerja kerana terpaksa membatalkan banyak perancangan demi menjaga kandungannya.
"Seperti tidak percaya saya akan menjadi ibu buat kali pertama pada usia 41 tahun. Alhamdulillah untuk keajaiban ini.
"Kandungan saya kini masuk empat bulan. Doakan yang terbaik untuk kami ya," tulis Sarimah.
Sarimah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pada April 2015.
#anak sulung
#hamil
#kerabat
#Negeri Sembilan
#pelakon
#Pengacara
#Sarimah Ibrahim
#Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar