Santesh mahu bawa Mymuna gegarkan Indonesia
Gempak
Mac 4, 2019 06:53 MYT
Mac 4, 2019 06:53 MYT
PENYANYI yang popular dengan lagu Amalina, Santesh bersedia untuk menembusi pasaran muzik Indonesia.
Baru sahaja muncul dengan lagu Mymuna, Santesh gembira kerana diberi peluang untuk mengembangkan bakatnya di sana.
"Saya bersyukur dengan penerimaan yang baik di Malaysia. Selepas sukses dengan lagu Amalina, saya pula muncul dengan lagu Mymuna dan ia juga mendapat respon positif.
"Kali ini, pihak pengurusan, Datu Entertainment sudah mempersiapkan segala keperluan untuk saya meneroka pasaran Indonesia dan saya teruja untuk mempertaruhkan bakat di negara jiran," kata Santesh.
Menurut Pengarah Urusan Datu Entertainment, Rumhadi Rumnan, muzik Santesh yang turut menampilkan nuansa dangdut membuatkan dia boleh diterima oleh pendengar di Indonesia.
"Jalur muzik dangdut memang diterima denggan meluas di sana. Apabila lagu dangdut dinyanyikan oleh lelaki berbangsa India yang fasih berbahasa Melayu, itu membuatkan ia lebih unik," kata Rumhadi.
Rumhadi Rumnan dan Raja Mohammad Amin
"Jika di Indonesia, kami mempunyai syarikat sendiri iaitu PT Datu Raja Musik Sinema. Kami sedang giat mempromosikan lagu artis naungan kami iaitu Danial Zaini. Lagu Siti Bilang Cuti mula diterima pendengar di sana dan kami bakal melakukan perkara yang sama kepada lagu nyanyian Santesh," katanya Amin.
Setakat ini, lagu Mymuna masih berada di carta trending YouTube Malaysia dan sudah meraih 2.1 juta tontonan.