'Sangkar' cetus semangat pesakit OKU untuk kembali sihat

Gempak
September 4, 2019 14:01 MYT
Perkara itu dikongsi oleh pengetua Rumah Harapan Nur Aafiyah iaitu Nor Azlina menerusi perkongsian video di akaun Instagram miliknya. - Foto Astro GEMPAK
FENOMENA filem 'Sangkar' memberi kesan positif kepada seorang pesakit yang mengalami kecedaraan saraf tunjang atau Tetraplegic C4 di sebuah rumah kebajikan tempatan.
Perkara itu dikongsi oleh pengetua Rumah Harapan Nur Aafiyah iaitu Nor Azlina menerusi perkongsian video di akaun Instagram miliknya.
Dalam video pertama, dua pesakit Tetraplegic C4 sedang menjalani latihan kecergasan fizikal.
"Hero Sangkar ni kira-kira macam mana Remy Ishak nak bangkit kembali sebagai pesakit tetraplegic C4, ni baru sikit latihannya manja-manja je bagi," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam video kedua, Azlina juga memberi semangat kepada pesakit lelaki yang menjalani latihan secara solo pula.
"Ini lah permulaannya Hero Sangkar, macam ni lah dalam Sangkar tu Abang Long (watak Remy Ishak) berlatih," katanya memberi semangat dalam video tersebut.
#filem #rumah #Rumah Harapan Nur Aafiyah #sangkar #tetraplegic C4 #video