Sangat cantik, penyanyi lagu Syantik selamat bernikah
Gempak
Julai 27, 2019 07:19 MYT
Julai 27, 2019 07:19 MYT
PENYANYI dangdut yang popular dengan lagu Syantik, Siti Badriah atau lebih dikenali sebagai Sibad telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Krisjiana Baharudin pada Khamis.
Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di kediaman keluarga Sibad di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia sekitar pukul 9 malam.
Kedua-dua mempelai menyarung persalinan mengikut adat Sunda berona putih.
Sebelum akad nikah, acara dimulakan dengan bacaan ayat sudi al-Quran dan Sibad mencium tangan kedua-dua orang tuanya tanda restu.
Ketika acara terbabit, Sibad turut mengalirkan air mata saat mencium pipi ibu dan bapanya.
"Saya memilih untuk melangsungkan majlis ini di kediaman keluarga saya kerana permintaan kedua-dua ibu dan bapa saya.
"Kerana saya juga satu-satunya anak perempuan bongsu, jadi mereka mahu lokasi ini dijadikan tempat saya bernikah," kata Sibad memetik laporan media Indonesia.
Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi sebelah Krisjiana di Tapos, Puncak, Jawa Barat pada hari ini (27 Julai).
Mengimbas semula, Krisjiana telah melamar Sibad di Korea Selatan pada 12 Januari 2019 selepas berkenalan dalam filem televisyen Rengginang Bulat Digoreng Dadakan Dijual Manja Sama Biduan Syantik.
Jadi, apa kata kita lihat gambar-gambar menarik sempena majlis pernikahan Sibad dan Krisjiana baru-baru ini.
#Indonesia
#Instagram
#jawa barat
#keluarga
#penyanyi Indonesia
#perkahwinan
#Sibad
#Siti Badriah
#Syantik