'Sampai jatuh sakit' - Ini yang terbuku di hati Angelina Jolie selepas berpisah dengan Brad Pitt
Agensi
Oktober 5, 2019 12:27 MYT
Oktober 5, 2019 12:27 MYT
AKTRES jelita Angelina Jolie meluahkan isi hatinya apabila mengakui perceraian dengan bekas suami, Brad Pitt memberi kesan besar kepada dirinya termasuk berasa “tidak mengenali diri” sendiri.
Memetik portal antarabangsa, pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaharu Maleficent: Mistress of Evil itu kembali bersemangat apabila memikirkan dia perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anaknya.
“Saya fikir ia berlaku kerana hubungan saya dengan Pitt akan berakhir, dan kemudian saya (hilang arah) pada permulaan perpisahan kami.
“Ia merupakan saat yang sukar, di mana saya tidak mengenal diri saya, (dan) saya memencilkan diri sehingga hampir tidak berasa bahawa kewujudan saya penting,” katanya.
Jelas pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia berasa sangat sedih dan sakit akibat perpisahan tersebut.
“Saya juga mengalami beberapa masalah kesihatan. Namun, saya berjaya mengatasinya dan berasa bertuah kerana masih dapat meneruskan kehidupan,” tambah pelakon filem Lara Croft: Tomb Raider itu lagi.
Sebelum ini, Pitt turut mengakui keretakan rumah tangganya itu menyebabkan dia sedih dan hampir tertekan.
Jolie dan Pitt, antara pasangan paling popular di Hollywood berpisah pada September 2016 selepas lebih 10 tahun menjalinkan percintaan dan dua tahun sebagai suami isteri.
Bintang filem ‘Moneyball’, Pitt, 55, dan heroin ‘Maleficent’, Jolie mula menjalinkan hubungan pada akhir 2005 sebelum memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2014.
Pasangan tersebut mempunyai enam cahaya mata.
#Angelin Jolie Brad Pitt cerai
#Angelina Jolie
#Brad Pitt
#hilang
#Hollywood
#Lara Croft Tomb Raider
#Maleficent