Sampai Hati, iklan raya Petronas tahun ini dilancarkan

Astro Awani
Julai 31, 2015 09:02 MYT
Petronas melancarkan iklan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bertajuk Sampai Hati hari ini.
Petronas melancarkan iklan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bertajuk Sampai Hati hari ini.
Iklan berdurasi hampir tujuh minit itu ditulis dan diarahkan oleh Rewan Ishak.
Mengisahkan perhubungan antara abang dan adik yang menyimpan dendam kisah silam, filem iklan itu dibintangi oleh pelakon Beto Kusyairy dan Hafidz Roshdi.
Penggambaran iklan tersebut dibuat di Lenggong, Perak.
Saksikan iklan raya tersebut dengan hashtag #SampaiHati.
Turut dilancarkan pada hari yang sama adalah video di sebalik tabir pembikinan filem iklan tersebut.
Sementara itu, pengarah dan penulis iklan tersebut turut berkongsi beberapa tweet bagi menceritakan kembali pengalamannya terlibat dengan projek tersebut.

TRIVIA: Penggambaran #SampaiHati mengambil masa 2 hari. Dan juga siap penggambaran 2 hari sebelum raya. Org tgh busy nak balik kampung.

— Rewan Ishak (@rewan_ishak) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I was informed my story #SampaiHati that I submitted for #RayaTreasures campaign got selected for this year webfilm, 12 days before raya.

— Rewan Ishak (@rewan_ishak) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

This year Petronas celebrates 2 decades of their raya ads. No charge (Surat Utk Ayah) diulang tayang di tv & webfilm dilancarkan after raya.

— Rewan Ishak (@rewan_ishak) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Maka terjawablah persoalan kenapa webfilm raya keluar lambat. Bukan sebab masalah teknikal ke apa tapi mmg strategi pemasaran.

— Rewan Ishak (@rewan_ishak) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, reaksi dari laman sosial dilihat menerima baik iklan tersebut. Walaupun hanya dimuat naik pada 14 Syawal, suasana hari raya tetap dirasai para netizen.

iklan raya petronas tidak pernah mngecewakan #SampaiHati

— Lie. (@roslie96) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Iklan raya Petronas.. Tak pernah mengecewakan. Kudos Rewan and the team. /p>— Azlan (@azlanR) July 31, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Iklan Raya Petronas is the best /p>— Zaid Harith (@ZarithZainullah) July 31, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

sedap pulak lagu tema iklan raya petronas 2015 ni.. sungguh klasik. lagu tu yang boleh buat aku menangis.. bukan story dia. #SampaiHati

— riz (@tengkuanom) July 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Iklan raya Petronas sentiasa dinantikan lantaran ia sering menyelitkan mesej dan pengajaran berguna serta meruntun hati.
Jika dahulu Allahyarham Yasmin Ahmad sering dikaitkan dengan iklan-iklan menarik sempena Hari Raya Aidilfitri dari Petronas, kesinambungan kualitinya masih diteruskan sehingga kini.
#Beto Kusyairy #Hafidz Roshdi #iklan #Petronas #Rewan Ishak #Sampai Hati