Sam Bunkface kembali bergelar suami

Faris Danial Razi
Disember 10, 2020 21:55 MYT
Vokalis Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom, 32, atau lebih dikenali sebagai Sam sah bergelar suami kepada pasangan hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. - Instagram @sambunkface
KUALA LUMPUR: Sah bergelar suami.
Vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom, 32, atau lebih dikenali sebagai Sam sah bergelar suami kepada pasangan hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
Beliau yang bernikah buat kali kedua selepas lebih setahun menduda berkongsi perkara itu dengan harapan orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.
“Salam Jumaat semua. Di sini, Sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin Binti Mohd Kushairi.
“Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” jelasnya ringkas dalam satu kenyataan di laman Instagram pada Khamis malam.
Sebelum ini, Sam yang juga anak kelahiran England dan dibesarkan di Klang, Selangor disahkan telah bercerai dengan Aida Azira Husin pada Januari 2019.
Rumah tangga itu berakhir selepas empat tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia empat tahun.
Peminat Bunkface di laman Twitter tidak turut ketinggalan untuk meraikan tarikh penting buat Sam dengan mendoakan yang baik-baik buat pasangan itu.

barakallah sam bunkface

— nao bettencourt (@fawwazet) December 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terkejut tau sam bunkface dah kawennnnn. Semoga berbahagia hingga ke jannah

— Didina (@aayrdna) December 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sam Bunkface dah kahwin baru. Steadyyyy

— Aizat (@frederikwolter) December 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Bunkface minta 'Tolong' duduk rumah perangi COVID-19
#Sam Bunkface #Instagram #kahwin #perkahwinan #penyanyi #vokalis #Twitter #Shamsul Anuar Mohd Baharom #Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi
;