Salman Khan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana langgar lari
Astro Awani
Mei 6, 2015 20:52 MYT
Mei 6, 2015 20:52 MYT
Bintang terkenal Bollywood, Salman Khan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes langgar lari yang menyebabkan seorang gelandangan terbunuh pada tahun 2002.
Hakim D.W Deshpande memutuskan bahawa Salman harus menerima hukuman penjara sehingga lima tahun atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Walau bagaimanapun, Salman Khan menafikan tuduhan tersebut, sebaliknya menyalahkan pemandunya atas kejadian itu.
Memetik laporan AFP, beberapa saksi termasuk mangsa kemalangan memberi keterangan bahawa pelakon itu sebenarnya yang memandu kenderaan pada kelajuan tinggi sebelum melanggar beberapa orang gelandangan di tepi jalan yang menyebabkan kematian seorang daripadanya pada bulan September 2002.
Salman dilaporkan terkejut apabila hukuman itu dibacakan di Mahkamah Sesyen, Mumbai.
Sementara itu, rakan artis Bollywood menyatakan sokongan mereka terhadap Salman melalui Twitter sejurus penghakiman dibuat.