Saleem Iklim meninggal dunia
Astro Awani
Oktober 14, 2018 08:51 MYT
Oktober 14, 2018 08:51 MYT
Penyanyi terkenal Saleem Iklim meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 6 pagi ini.
Pemilik nama sebenar A.M Saleem Abdul Majeed itu berusia 57 tahun.
Berita tersebut disahkan anak tirinya, Iera Fakhira, menerusi entri terbaharu di akaun Facebook miliknya.
Jenazahnya ketika ini masih berada di hospital dan dijangka dibawa ke Surau As-Syakirin, Bukit Mahkota, Cheras untuk diuruskan.
Allahyarham Saleem yang popular bersama kumpulan Iklim menerusi lagu Suci Dalam Debu, dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 21 September lalu kerana mengalami patah tulang rusuk.