Salam takziah... Bapa Liza Hanim meninggal dunia

Gempak
Jun 21, 2019 06:35 MYT
Berita sedih tersebut diumumkan Liza menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya. - Foto Instagram
BAPA kepada penyanyi Liza Hanim, Haji Abdul Halim Haji Abd Razak meninggal dunia malam tadi.
Berita sedih tersebut diumumkan Liza menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Di ruangan komen, peminat penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu dihujani ucapan takziah daripada pengikutnya yang sama-sama turut berduka.
Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan bapa Liza sedang melawan sakit kanser dan sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.
Pada 9 Mei lalu, bapa mentua Liza, Mohamed Samsudin Tahir meninggal dunia di hari ketiga umat Islam menyambut kedatangan Ramadan.
Gempak ucapkan salam takziah kepada Liza dan keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.
#Cheras #Haji #Hospital #Instagram #Islam #Liza Hanim #meninggal dunia #Ramadan
;