BAPA kepada penyanyi Liza Hanim, Haji Abdul Halim Haji Abd Razak meninggal dunia malam tadi.

Berita sedih tersebut diumumkan Liza menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on


Di ruangan komen, peminat penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu dihujani ucapan takziah daripada pengikutnya yang sama-sama turut berduka.

Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan bapa Liza sedang melawan sakit kanser dan sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.

Pada 9 Mei lalu, bapa mentua Liza, Mohamed Samsudin Tahir meninggal dunia di hari ketiga umat Islam menyambut kedatangan Ramadan.

Gempak ucapkan salam takziah kepada Liza dan keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.