"Sakit kali ni teruk daripada yang pertama.." - Nabila Huda positif COVID-19

Gempak
Mac 10, 2022 12:53 MYT
Abil sedang menjalani tempoh kuarantin di negeri Perlis memandangkan dia berada di set penggambaran filem Telaga Suriram arahan pengarah terkenal Osman Ali. - Foto Instagram Nabila Huda
AKTRES hebat Nabila Huda disahkan positif COVID-19 buat kali kedua melalui ujian kendiri.
Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 38, kesakitan yang dirasainya kini agak teruk berbanding pertama kali positif menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada tahun lalu.
“Saya kena COVID lagi buat kali kedua tapi kali ni saya rasa macam sakit dia lebih teruk daripada kali pertama.
“Kali kedua ni saya ada beberapa simptom seperti sakit tekak yang sakit gila, selesema sikit, lepas tu demam macam on-off,” jelasnya menerusi satu hantaran video di IG Storynya sebentar tadi.
Berkongsi situasi terkini, Abil sedang menjalani tempoh kuarantin di negeri Perlis memandangkan dia berada di set penggambaran filem Telaga Suriram arahan pengarah terkenal Osman Ali.
Turut sama disahkan positif adalah pembantunya di set penggambaran yang sama.
Here we go again, kena kuarantin. Tapi yang tak bestnya sebab saya kat Perlis, saya jauh daripada keluarga. Saya ada post di Instagram saya buat test negatif tapi bila sampai sini, i buat test, positif.
“Masa positif kali pertama, tak macam ni. Masa tu cuma hilang deria rasa dan deria bau dimana teruk jugak tapi takde rasa kesakitan. Yang sekarang ni macam, rasalah sakit tu,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, anak kepada legenda rock Amy Search itu juga memohon doa orang ramai agar dia segera sembuh dan boleh kembali menjalani penggambaran seperti biasa.
“Doakan saya cepat sembuh ya. Saya okay, cuma berehat dan kru produksi, pelakon semua belikan makanan, ubat, mereka jaga saya dengan baik,” katanya.
Terdahulu, hanya Nabila seorang sahaja yang disahkan positif manakala suami, Izwan Johar dan anaknya, Keisha Laila masing-masing negatif.
#Nabila Huda #positif COVID-19 #Amy Search #penggambaran filem
;