Saint West diserang pneumonia, Kim dan Kanye bertukar syif jaga anak

Agensi
Januari 2, 2018 07:04 MYT
Saint dilepaskan pada Sabtu dan kini berada di rumah dan semakin sembuh, lapor TMZ - Foto: instagram/the.westfamily
SAINT WEST, anak kepada pasangan selebriti Kim Kardashian dan Kanye West, dimasukkan ke hospital minggu lepas selepas dijangkiti penyakit pneumonia.
Menurut sumber, Saint, 2 tahun dibawa ke sebuah hospital di L.A. Khamis lalu.
Sumber yang sama turut melaporkan, Kim dan Kanye sentiasa berada di sisi Saint dan bertukar syif menjaga anak mereka.
Saint dibenarkan keluar hospital pada Sabtu dan kini berada di rumah dan semakin sembuh, lapor TMZ.
Beberapa hari sebelum Saint dimasukkan ke hospital, Kim memuat naik gambar keluarganya semasa perayaan Krismas.
Anak selebriti itu juga dimasukkan ke hospital selepas Kim dilihat menghadiri 'Taco Party' bersama JLo dan A-Rod pada Rabu.
Kim dan Kanye bakal menimang anak perempuan bulan ini.
#A-Rod #JLo #Kanye West #Kim Kardashian #pneumonia #Saint West
;