Sah! Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah 1 Mei lalu
Astro Awani
Mei 4, 2018 20:42 MYT
Mei 4, 2018 20:42 MYT
Personaliti terkenal tanah air, Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.
Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz di sini dan dihadiri oleh keluarga terdekat.
Menurut Azrinaz, melalui satu pautan terbaharu di Instagram peribadinya, keputusan memilih untuk menamatkan zaman janda dengan Fairos dibuat selepas beliau yakin dengan suaminya yang sangat memahami rentak kehidupan dan kehendaknya berlatar belakangkan industri penyiaran.
Azrinaz dan Fairos dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan, Hakim Azhar Mohammad Johar.
Azrinaz turut memuat naik kenyataan dan beberapa foto pernikahannya dengan Fairos dalam laman sosial Instagram beberapa minit lalu.
Menurut Azrinaz yang merupakan bekas bekas wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen swasta di tanah air, beliau memohon maaf kepada semua pihak termasuk media kerana tidak berkongsi lebih awal berita pernikahannya.
“Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai.
“Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumah tangga nanti.
“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa dua bulan,” ujarnya lagi.
#Azrinaz Mazhar Hakim
#Fairos Khan Abdul Hamid
#Hakim Azhar Mohammad Johar
#Instagram
#JAWI
#keluarga
#nikah
#perkahwinan