Safee Sali timang puteri sulung, Sanika Salsabila

Gempak
Jun 16, 2015 04:52 MYT
Safee bersama puteri sulungnya yang telah diberikan nama Sanika Salsabila

PEMAIN bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali telah menimang cahaya mata pertamanya pada pagi Isnin.

Puteri sulung Safee yang dilahirkan seberat 2.8kg pada 9.22 pagi dan telah dinamakan Sanika Salsabila binti Mohd Safee di Hospital Colombia Asia, Johor Bahru.
Safee telah berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya (IG) pada tengahari semalam dan telah mendapat hampir 3,000 'like' dan 200 komen dari pengikutnya.
Berita kelahiran puteri comel Safee turut dikongsi di Facebook rasmi, kelab penyokong bola sepak JDT iaitu ‘JOHOR Southern Tigers’.

Safee dan insterinya Sasha

Safee telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Sasha pada 21 Disember 2013.

Sebelum Sasha, Safee pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012 dengan dua orang anak hasil perkahwinan tersebut.
Kepada Safee dan Sasha, tahniah dari kami di Astro Gempak!

#safee sali #Sanika Salsabila