S.M Salim kecewa dengan penyanyi generasi baru

Astro Awani
April 14, 2013 17:11 MYT
Tan Sri S.M Salim sedikit terkilan dengan penyanyi generasi baru yang dikatakan gagal menyampaikan lagu Melayu irama asli tradisional dengan baik.
Biduan Negara ini menasihatkan supaya pelapis baru lebih mendalami dab mempelajari selok belok penyampaian lagu agar ianya terus segar di jiwa para pendengar.
“Jika tidak dibendung dan diberikan kesedaran, maka akan hilanglah keaslian lagu tanah melayu di muka bumi ini sekiranya ia tidak disampaikan dengan baik oleh generasi muda,” kata S.M Salim dengan kecewa.
Beliau turut menyifatkan penyanyi generasi baru kurang pengetahuan tentang karya asli dan ini memerlukan lebih banyak usaha demi memulihara genre ini.
Mahupun kecewa, ikon lagenda ini berharap situasi ini dapat diatasi dengan adanya kesedaran di kalangan para penggiat seni.
Memperjuangkan lagu-lagu asli sejak 56 tahun lalu, S.M Salim didapati tidak pernah berhenti berkarya selagi memiliki kudrat.
Beliau diberi penghormatan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi anugerah “Biduan Negara”.
Sementara itu, pejuang irama Malaysia kelahiran Singapura, Kassim Masdor turut menerima anugerah “ Seniman Tamu Negara” daripada KPKK.
#IRAMA #kpkk #S.M Salim #tradisional
;