RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live

Ehsan A Marisah
Jun 16, 2021 09:08 MYT
Borneo Jazz Festival (BJF) turut disiarkan menerusi platform sama pada 25 hingga 27 Jun ini. - Foto Shopee
KUALA LUMPUR: Festival muzik antarabangsa, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 Virtual Experience buat julung-julung kalinya akan diadakan secara percuma dan maya melalui Shopee Live pada 18 hingga 20 Jun ini, jam 6 petang.
RWMF meraikan budaya dan warisan melalui gubahan muzik indah serta setiap tahun pengunjung dari seluruh dunia berkumpul di kaki Gunung Santubong, Sarawak untuk menikmati kepelbagaian muzik dunia melalui bengkel, pameran budaya, kraftangan, makanan dan konsert.
Tahun lalu, festival tersebut dibatalkan berikutan penularan COVID-19 dan kali ini kembali secara maya.
Antara artis yang ditampilkan dalam RWMF kali ini termasuk Alena Murang, KEMADA, Sang Rawi, Mathew Ngau, At Adau, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan Tuku‘ Kame’.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Sharzede Salleh Askor berkata, kerjasama bersama Shopee sebagai Rakan E-dagang Rasmi membolehkan pihaknya terus mempersembahkan acara muzik itu walaupun dengan cara yang berbeza selain sesi temu ramah bersama para pemuzik, pemberian hadiah, pertunjukan persembahan dari tahun-tahun lalu juga akan diadakan.
“Walaupun kami tidak dapat mewujudkan pengalaman dan suasana persembahan secara langsung, kami berharap peminat dan rakyat Malaysia masih dapat menikmati acara yang menyeronokkan ini bersama keluarga mereka di rumah,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Sharzede menambah, Borneo Jazz Festival (BJF) turut disiarkan menerusi platform sama pada 25 hingga 27 Jun ini, jam 6 petang dan menampilkan barisan artis termasuk Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta'Dan dan Pete Kallang.
Kedai rasmi Lembaga Pelancongan Sarawak di Shopee juga turut dibuka yang menampilkan pelbagai produk dari kedua-dua festival tersebut.
“Ini termasuk baju-T Edisi Terhad RWMF dan BJF, Pelitup Muka Batik Linut Edisi Terhad, Pelitup Muka Bercorak Batik Edisi Terhad dan produk-produk istimewa lain dari Bumi Kenyalang.
“Para peminat juga dapat menikmati baucar kedai dengan potongan harga sehingga RM8, subsidi penghantaran hingga RM13 dan Pulangan Tunai Syiling Shopee terhad kepada RM5 apabila mereka membeli dari kedai ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, seiring dengan 7.7 Jualan Tengah Tahun, ia turut menjadi peluang bagi penjual dari Sarawak mempromosikan perniagaan.
“Masukkan sahaja perkataan ‘Sarawak’ di bar carian Shopee untuk menemui lebih banyak produk.
“Rakyat Malaysia juga dapat menikmati penghantaran percuma dengan tiada pembelanjaan minimum, Pulangan Tunai Syiling Shopee 120%, 7.7 juta baucar dengan penjimatan hingga 77%, serta memenangi sebahagian daripada 27 juta Syiling Shopee dan sebuah PlayStation 5 semasa 7.7 Jualan Tengah Tahun dari 18 Jun hingga 7 Julai ini,” ujarnya.
Para pengguna juga dapat menikmati Limited Time Deals, Limited Time Vouchers dan Super Brands Spotlight daripada ribuan jenama dan penjual bermula dari jam 12 tengah malam pada 25 Jun dan 7 Julai ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://shopee.com.my/m/rwmf-shopee-live.
#Rainforest World Music Festival #RWMF #Shopee #Shopee Live #Sarawak #festival muzik #konsert #muzik #Alena Murang #Sang Rawi #KEMADA #COVID-19 #pelancongan
;