RWMF 2024: Kitaro memukau lautan manusia di SCV Santubong

Jasmine Abu Bakar
Jun 28, 2024 23:06 MYT
Menggabungkan elemen cahaya dan alat muzik instrumental seperti seruling, ternyata alunan dibawa Kitaro masih memukau. - Astro AWANI
SANTUBONG: Seperti dijangkakan, persembahan pemuzik Jepun terkenal, Kitaro tidak menghampakan ribuan yang membanjiri perkarangan pentas utama Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 di Taman Budaya Sarawak, Santubong.
Menggabungkan elemen cahaya dan alat muzik instrumental seperti seruling, nyata alunan dibawa pemuzik berusia 71 tahun ini masih memukau.
Ternyata elemen alam semula jadi di kaki Gunung Santubong memberi impak dalam persembahan Kitaro yang penuh dengan elemen keharmonian dalam seni persembahannya
Walaupun terpaksa berdiri menyaksikan persembahan, langsung tidak mematahkan semangat peminat yang sudah hadir ke Taman Budaya Sarawak sejak awal pagi.
Irama alam sumber inspirasi Kitaro
Turut berkenan mencemar duli menyaksikan persembahan Kitaro pada malam ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin diiringi Menteri Pelancongan Kesenian & Kebudayaan Sarawak, Datuk Seri Karim Rahman Hamzah.
Antara lagu yang dipersembahkan termasuk Matsuri, Koi, Caravansary dan semestinya lagu menerusi album Thinking of You di mana beliau memenangi Anugerah Grammy pada 1999.
Kitaro teruja kongsi magisnya bersama kuasa hutan hujan
#RWMF #Santubong #Kitaro #persembahan #festival muzik
;