Rupanya tambang teksi kita antara paling murah di dunia! Malaysia berada di kedudukan...

Gempak
Jun 27, 2019 22:30 MYT
Caj yang ditawarkan di Malaysia adalah EUR1.70 (RM7.98) untuk perjalanan 5 kilometer (km).
DISEBALIK keluhan orang ramai yang mengatakan caj perkhidmatan teksi di Malaysia mahal, terdapat pula kajian mendedahan nilai tambang di negara ini antara yang termurah.
Menurut kajian dilaporkan sebuah laman web perkhidmatan pelancongan taxi2airport.com, tambang teksi di Malaysia berada di tangga kelima negara paling murah.
Caj yang ditawarkan di Malaysia adalah EUR1.70 (RM7.98) untuk perjalanan 5 kilometer (km).
Negara paling murah pula milik Mesir dengan tambang EUR0.84 (RM3.94) untuk 5 km.
Tangga kedua India EUR1.29 (RM7.98) diikuti Thailand dengan tambang EUR1.41 (RM6.62).
Tambang paling mahal dicatatkan pula bernilai EUR22.68 (RM106.41) untuk 5 km perjalanan di negara Switzerland.
Melihat pada perbandingan ini, adakah anda setuju tambang teksi di Malaysia murah?
#Malaysia #pelancongan #tambang murah #teksi #Thailand