Rupanya Bell Ngasri garang, isteri dedah sisi lain Barkoba di rumah

Gempak
Julai 24, 2023 08:30 MYT
Menurut Farhana, Bell merupakan seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan tegas dalam mendidik anak-anak. - Gambar Gempak
Isteri kepada pelakon dan pelawak Bell Ngasri iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri berkongsi sisi lain suaminya ketika bersama keluarga.
Menurut Farhana, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri merupakan seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan tegas dalam mendidik anak-anak.
“Bell sebagai seorang suami dia sebenarnya seorang yang garang terutamanya dengan anak bukan dengan saya.
“Dengan anak dia sangat tegas, saya rasa kalau dia buat kelakar pun anak dia tidak tahu sama ada itu kelakar ke serius.
“Jadi anak-anak memang tidak ambil tahu langsung bapa dia adalah Barkoba ke atau berlakon cerita itu ini ke mereka tidak pernah tahu.
“Jadi bila bapa dia buat lawak dekat rumah, macam tak ada apa-apa, dia lebih kepada serius. Maknanya komunikasi mereka itu lebih kepada bukan benda yang kelakar,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kemenangan Bell di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH), Farhana menyatakan rasa syukur dengan rezeki di luar jangkaan itu.
“Saya bersyukur sebab saya benda itu yang dia tak pernah impikan, tak pernah fikir… Saya rasa ini satu pencapaian yang tidak pernah terlintas di kepala. Rezeki di luar jangkaan.
“Saya kenal dia pun bukannya sekejap, sebelum kahwin kita dah kenal lama, dah tengok apa yang dia buat.
“Kita tahu yang dia memang hidup untuk kerja sejak kecil lagi… Jadi saya rasa segala usaha dia selama ini berbaloi. Alhamdulillah,” ujarnya.
Terdahulu, Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 35 yang berlangsung pada Jumaat.
Bell berjaya menewaskan calon favourite lain iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana. - Gempak
Sebelum itu, Bell juga memenangi kategori Artis Komedi Popular.
#buat kelakar #Barkoba #ABPBH #mendidik anak-anak
;