'Running Man' versi Indonesia bakal disiarkan tahun depan
Astro Awani
Disember 27, 2019 08:56 MYT
Disember 27, 2019 08:56 MYT
PENERBIT program komedi Korea "Running Man", SBS sahkan menandatangani perjanjian untuk memperkenalkan versi Indonesia program berkenaan.
Ia dijangka mula ditayangkan pada pertengahan 2020 di penyiar utama negara itu.
Idea berkenaan direalisasikan susulan kejayaan penerbitan "Running Man" versi Vietnam yang mula ke udara pada April.
Indonesia merupakan negara ketiga selepas Vietnam dan China.
Sebagai sebuah negara yang dikenali di Asia Tenggara, Indonesia dijangka dapat mengukuhkan lagi pasaran "Running Man" di rantau ini.
Sebelum ini, SBS umum kerjasama bersama syarikat konglomerat Sinar Mas Group melalui FCL.
Antara lain, versi itu turut menekankan pengisian berbentuk perniagaan perdagangan bersama syarikat e-dagang terbesar Indonesia, Tokopedia.