Rumah tangga kami masih bahagia - Hanez Suraya

Gempak
Januari 25, 2017 18:39 MYT
Pelakon Hanez Suraya akhirnya membuka mulut mengenai isu penceraian antara dirinya dan suami, Romie Razin Adilha Abdul Jais, 37. -Astro Gempak
PELAKON Hanez Suraya akhirnya membuka mulut mengenai isu penceraian antara dirinya dan suami, Romie Razin Adilha Abdul Jais, 37.
Menerusi entri terbaru yang dimuatnaik dalam akaun Instagram milik Hanez, pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman itu meluahkan isi hatinya.
"Assalammualaikum.. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam..
"Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa utk mencari ruang untuk tenang..
"Tiada apa yang saya ingin jelaskan di atas apa yang terjadi.. Sememangnya kami hanya manusia biasa yg tidak lari dari melakukan kesilapan..
"Cuma apa yg penting antara saya dan suami saya, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku..
"Alhamdulillah rumahtangga kami masih kekal.. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi-spekulasi yang menjadi tokok tambah dari pihak-pihak tertentu..
"Syukur Alhamdulillah suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini.. Terima kasih di atas sokongan-sokongan kuat dari pihak keluarga, rakan-rakan rapat, media dan fans di luar sana yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan yg baik-baik untuk kami.. Assalamualaikum #doakanyangbaikbaik," tulis Hanez.
Terdahulu, Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 32, gagal dihubungi setelah beritanya memfailkan penceraian terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam tersebar.
Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie pada Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya yang kini berusia setahun.
#akaun Instagram #Hanez Suraya #isu penceraian #romie Razin Adilha
;