Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.
Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.
Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin. -- Astro Gempak
Gempak
Thu Aug 28 2014
Difahamkan pasangan itu telah bernikah di Batam, Indonesia
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Deklarasi Kuala Lumpur komitmen penjawat awam sokong penuh agenda reformasi - KSN
Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.
Alyah dedah dapat ilham nama anak dari restoran di R&R Ayer Keroh
Alyah menganggap ia rezeki apabila dia dan suami, Datuk Ramli MS dikurniakan Nur Izzara kerana mereka tidak merancang untuk mengambil anak angkat sebelum ini.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.
Alyah kongsi keadaan Tok Ram selepas diserang vertigo
Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Singapura, namun terpaksa berpatah balik kerana belum memperbaharui permit kereta.
"Arwah yang bawa saya dalam industri ini"- Alyah dedah Ridzuan Hashim saudaranya
Alyah mendedahkan Ridzuan Hashim mempunyai pertalian keluarga dengannya dan merupakan individu terawal yang membantu kerjaya seninya.
COVID-19: Kakak ipar Ramli MS terpaksa ditidurkan
Akibat COVID-19, kakak ipar Ramli MS terpaksa ditidurkan kerana kesukaran bernafas.
"Saya tak naik kapal untuk suka-suka" - Alyah pertahan kunjungannya ke Langkawi
Alyah dituduh oleh segelintir netizen sebagai tidak mematuhi prosedur operasi standard kerana merentas negeri ketika pelaksanaan PKP.
Ramli MS terima menantu
Anak perempuan Ramli, Nadiah melangsungkan pernikahan dengan jurugambar profesional, Taufiq Nadzri.
Enam tahun kahwin tanpa zuriat, Alyah tenang hadapi soalan cepumas Hari Raya
Alyah tidak pernah mengelak seandainya soalan mengenai zuriat diajukan kepadanya malah dia berani untuk berdepan situasi sedemikian.
Alyah pelik bagaimana dia boleh menikahi Ramli MS
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan, semasa bujang, dia tidak pernah menyukai Ramli MS.
Demi zuriat, Datin Alyah rancang buat rawatan kesuburan IVF
Penyanyi Datin Alyah mengakui ada merancang untuk melakukan kaedah perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) demi mendapatkan zuriat.