Ruhainies sambut Aidilfitri di Tanah Suci, mohon maaf pada semua
Gempak
April 10, 2024 08:10 MYT
April 10, 2024 08:10 MYT
PELAKON sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Mekah.
Malah, Ruhainies yang sedang menunaikan umrah meraikan Aidilfitri di sana.
"Impian jadi kenyataan. Nak Ramadan dan Hari Raya (Aidilfitri) di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang," tulisnya menerusi Instagram Stories.
Dalam kesempatan sama, Ruhainies turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersakiti dan memaafkan semua individu.
"Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin dari Madinah. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang saya sakiti, saya juga memaafkan sesiapa juga yang menyakiti.
"Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri di akhir Ramadan ini.
"Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadan ini diterima Allah," tulisnya lagi.
Terdahulu, nama Ruhainies hangat menjadi bualan ramai susulan isu ditangkap khalwat bersama pelakon, Aliff Aziz oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 9 Mac lalu. - Gempak