Rozita dan Zain tiada persaingan di Masterchef

Astro Awani
April 11, 2013 07:28 MYT
Penyertaan dalam "Masterchef Selebriti Malaysia" musim kedua memberi kelebihan kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Pasangan ini tidak merasakan pihak produksi mengeksploitasi mereka dalam meraih jumlah tontonan.
Bakal mendirikan rumah tangga tahun ini Zain akui mereka saling bantu-membantu dan tidak timbul soal persaingan.
Keintiman mereka juga tidak menganggu peserta lain kerana sedia maklum tentang perhubungan yang terjalin.
Mempunyai jadual yang padat Rozita bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka selepas Aidilfitri nanti.
Pasangan ini menyatakan mereka merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana saja.
#Masterchef Selebriti Malaysia #Rozita Che Wan #Zain Saidin