Romeo Beckham jadi model Burberry (Video)

Astro Awani
Disember 18, 2012 21:51 MYT
Mengikut jejak langkah ibu bapanya, Romeo Beckham membuat kemunculan pertama sebagai model.
Anak pasangan David dan Victoria Beckham itu menjadi wajah label Burberry.
Bakal berusia 11 tahun pada Januari ini, Romeo muncul dalam kempen musim bunga/panas 2013 untuk rumah fesyen Britain itu.
Dia menggayakan "Trench-Coat" ikonik Burberry dan fotonya dirakam jurugambar terkemuka, Mario Testino.
Turut terlibat dalam kempen sama ialah Edie Campbell Dan Charlotte Wiggins.
Pemilihan mereka sebagai model kempen ini diputuskan sendiri Ketua Pegawai Kreatif Burberry, Christopher Bailey.
#Burberry #David Beckham #model #Romeo Beckham #Victoria Beckham
;