Rizalman bengang, baju pengantin Syawal dan Fiqa dilabel 'low class'

Gempak
Jun 16, 2015 12:35 MYT
Rizalman (tengah) bersama Syawal dan Fiqa

PEREKA fesyen terkenal Rizalman Ibrahim berang apabila baju pengantin rekaannya untuk pasangan juara Pelamin Fantasia Syawal dan Fiqa dikritik.

Bukan itu sahaja, malah mereka yang mengkritik itu juga turut melabelkan busana rekaannya sebagai ‘low class’ dan ‘ready made’ kerana tidak mengikut peredaran zaman.
Berang dengan komen tersebut, Rizalman telah memuat naik foto komen berkenaan di laman Instagramnya dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kritikan tersebut dengan kapsyen yang berbunyi:
“Saya ikhlas kak, family dorang peluk dan menangis tak berenti2 cakap terimakasih tak terhingga. Saya rasa patutnya akak berdua yang patut BISU! Apa kata anda?? #geramaku.” tulisnya.

Dua komen yang menyebabkan Rizalman Ibrahim berang

Foto tersebut menerima pelbagai reaksi pengikut Instagramnya dan menyebabkan mereka yang memberikan komen negatif itu turut dikecam.

Rata-ratanya tidak puas hati dengan tindakan pengkritik berkenaan yang merendah-rendahkan kebolehan, hasil kerja dan usaha pereka fesyen terkenal itu.

#baju pengantin #Fiqa #Rizalman #syawal
;