Rita Rudaini berang, ditengking 'Datin' biadap?

Gempak
September 3, 2015 09:43 MYT
Rita bagaimanapun mengambil langkah untuk bersikap rasional dan tidak mahu bertekak dengan wanita yang dianggapnya sebagai perempuan Melayu berhati busuk itu. - Foto Astro Gempak

Pelakon cantik Rita Rudaini berang dengan sikap seorang wanita Melayu bergelar 'Datin' yang menengkingnya secara kasar di dalam sebuah pesawat ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas bercuti di London bersama dua orang anaknya.

Menyifatkan perbuatan Datin itu sebagai biadap, Rita menjelaskan kejadian tersebut berlaku apabila salah seorang anaknya secara tidak sengaja tertendang kerusi hadapan kerana mengigau.
Namun, kejadian tidak disangka berlaku apabila wanita itu kemudiannya menengkingnya dan menuding jari meminta aktres itu mengawasi anaknya supaya tidak menendang kerusinya.
Rita bagaimanapun mengambil langkah untuk bersikap rasional dan tidak mahu bertekak dengan wanita yang dianggapnya sebagai perempuan Melayu berhati busuk itu.
Menerusi akaun Instagramnya, Rita telah memuat naik satu foto beserta kapsyen untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap ‘Datin’ tersebut.
Antara kapsyennya berbunyi: "mcm ni keadaan anak2 bila dah letih atas flight dgn nk menempuh 13jam penerbangan..apa2 pon kami tetap selesa dgn MAS..tp yg XSELESA nya manusia MELAYU BELAGAK dpn seat aku ni (sori ckp AKU sbb geram) dpn aku ni satu family,lakinya aku di fahamkn pangkat dato kerja brjawatan bos (YG PENTING BUKAN CEO) di salah sebuah syarikat suratkhabar bahasa malaysia terkenal di negara kita(xpyh sebut nama nnti org kenal,glamer plak).
“Dorg duduk 3 beranak dpn aku,bini,ank ppn n lakinye...bini dia ble TENGKING aku dgn kasarnya sambil bgn n pusing belakang dan tuding2 kt aku dgn bongkaknya 'PLS ASK UR KIDS DONT KICK MY SEATTT!!! Wowwww hebatnya Melayu mcm kau. Kau xle ckp elok2 ke? Mana adab n budi bahasa Melayu kita? Mat saleh pon beradab bila brckp dgn kita.
“Hanya sbb ryan mengigau n nk beralih position n kaki ryan tersentuh brlakang seat dia..COME ON LA MAKCIK DATIN..budak je kot n tgh tido mana dia sedar..ko pon bukan tgh tido,ko dok melayan cite omputih sbb ko feeling matsaleh,sbb tu dgn aku org Melayu sebangsa ko pon ko nk jerit ckp omputih...aku malu nk mengaku kau bangsa aku.

#Astro Gempak #rita Rudani
;