Rihanna tweet #FreePalestine, kemudian padamkannya selepas dikritik

T K Letchumy Tamboo
Julai 17, 2014 11:42 MYT
Penyanyi R&B Rihanna mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila mengepos perkataan #FreePalestine di dalam akaun Twitternya, tetapi memadamkan tweet tersebut lapan minit kemudian.
Penyanyi R&B Rihanna mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila mengepos perkataan #FreePalestine di dalam akaun Twitternya, tetapi memadamkan tweet tersebut lapan minit kemudian.
Laman berita The Independent melaporkan bahawa keputusan untuk memadamkan tweet tersebut dibuat apabila tweet itu mendapat reaksi negatif daripada pengikutnya.
Namun demikian, laman TMZ melaporkan bahawa sumber yang rapat dengan penyanyi dari Barbados itu berkata tweet itu tidak bertujuan untuk dihantar.
“Dia memadamkannya kerana tweet itu tidak bertujuan untuk dihantar. Dia tidak sedar tentang tweet itu sehingga dia menerima komen dari peminatnya,” kata sumber itu.
Sumber itu turut berkata ketika itu Rihanna sedang membaca tentang konflik Israel-Gaza di Twitter dan tiba-tiba peminatnya mula bertanya mengapakah dia menyebelahi Palestin.
Selepas tweet itu dipadamkan, Rihanna kemudiannya mengepos satu lagi tweet yang menyeru semua agar mendoakan keamanan dan pengakhiran konflik Israel-Gaza itu.

Let's pray for peace and a swift end to the Israeli-Palestinian conflict! Is there any hope?.... pic.twitter.com/jHD56KXkcu

— Rihanna (@rihanna) July 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
##freepalestine #Rihanna
;